iklan terpilih...click...click key!!!

ding...dong...~

ka ching!!

Sign by Danasoft - Get Your Sign

Thursday, February 12, 2009

gorgeous

Sendirian…
Memandang redup ke langit
luas terbentang
burung-burung bebas berterbangan
seolah-olah memberitahu pada sekalian alam
bahawa dirinya bebas dari segalanya
tidak perlu memikirkan tanggungjawab
tidak perlu memikirkan hidup di masa hadapan
hidupnya sentiasa bahagia dan ceria
dalam keasyik kan ku menghayati ciptaan tuhan yang maha kaya
angin seolah-olah menyapa ku
mengusap-usap pipi ku
membelai-belai lembut rambut ku sehingga berterbangan
sesekali ku sedar
angin cuba memberitahu ku
bahawa dunia ini amatlah indah
walau terpaksa merangkak-rangkak melalui pelbagai dugaan
tetapi jika dihayati sepenuhnya
pasti dapat mencari keindahan yg tersembunyi
yang kadangkala nya tersembunyi dari balik kesedihan yang lalu
namun syukurla kepada Tuhan yang maha Esa
memberi peluang tidak kira bangsa,agama,seluruh dunia
menghayati,serta merasai keindahan ciptaan Nya
yang sukar untuk di ungkap kan dengan kata-kata…………. ;)

No comments:

Post a Comment